Monday, March 11, 2013

Lelaki Dari Gua

Assalamualaikum..

Hello Isnin!

Harini saya nak berkongsi tentang sebuah teater yang telah saya hadiri beberapa minggu yang lalu. Pada 03.03.13 (cantik kann tarikh tu) saya telah menonton sebuah teater dakwah berjudul Lelaki Dari Gua yang dilakonkan oleh Mustaqim, Amar Asyraf dan ramai lagi. Teater itu sangat enak (biar betul guna ayat nih) di tonton kerana memberi banyak pengajaran dan sesuatu pengalaman yang mengujakan menonton 'poor theatre' buat kali pertama. Apa itu 'poor theatre? Kata Amar Asyraf 'poor theatre' ialah teater yang minimum. Maknanya kos pembuatan, alat dan tiketnya boleh dikatakan murah berbanding menonton teater di Istana Budaya. Hah..banyak lagi elaboration nya tapi saya kurang ingat. Jika nak tau lebih lanjut boleh google search atau tanya pada yang pakar.



Teater itu dibuat di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya menuju ke sana menaiki (betul ke ayat saya nih.hentam lah) LRT Putra dan Star. Untuk ke Stor DBP perlu turun di Stesen Hang Tuah. Dari situ saya berjalan kaki dan sampai di Stor DBP selepas 10 minit (lebih kurang)


Sesampainya saya di sana, saya membayar tiket yang telah ditempah beberapa hari sebelumnya. Harga tiket RM20 sahaja.


Selepas menonton teater, kami (org2 yang menonton teater) diberi masa untuk bertanyakan soalan. Kiranya sesiapa yang tidak faham atau inginkan lebih penjelasan tentang watak atau kejadian di dalam teater itu boleh lah menanyakan soalan samada kepada pengarah atau pelakon. Haa, itulah salah satu kelebihan teater. Sangat menyeronokkan.


Saya sangat beruntung kerana pergi teater tu hari dan waktu itu. Nak tau kenapa? Sebab haritu jugak ada pemenang tiket teater dari Amar Asyraf Lovers ( kelab peminat Amar Asyraf) . Selepas habis sesi tangkap gambar pemenang2 di ajak Amar Asyraf dan tunang minum petang di kedai mamak. Entah macamana tak semena mena saya dan adik serta kawan saya yang BUKAN Pemenang pun turut di ajak.hehe. Dah orang ajak takkan nak tolak kan? Bak kata pepatah REZEKi jangan DiTOLAK..


Semasa di kedai mamak itu Amar Asyraf banyak berkongsi tentang perbezaan drama, filem dan teater serta banyak lagi lah yang telah di kongsi.


Itu saja untuk kali ini. Di bawah ini saya kongsikan gambar2 yang telah ditangkap di hari kejadian

Wassalam.

















Saturday, March 9, 2013

Lunch with Family

Assalamualaikum...
Hii..harini nk share gambar makan makan with family tengahari semalam. Kitorang makan dekat Mango Chilli, Wangsa Walk Mall....pemilik restoran tu sedara kitorang so semalam dia belanja lahh..syok kan ada org belanja? Hihihi..Alhamdulillah, semoga murah rezeki Uncle. Makanan kat situ not bad lah. Ada yg sedap ada yang kurang kira OK lah.


Macam biasa kat bawah ada gambar-gambar nya ye.

Ohh lupa nak cakap lepas tu kitorang terjumpa Abby Abadi n family dia. Ok sy share kan jugak gambar Abby Abadi ye.

Thats all for now!

wassalam


Twitter: @wAni_nAsir







Wednesday, March 6, 2013

Minum Petang

Hii uollsss...


Nak share dgn uolls menu minum petang yang best. Nak tau tak apa? Nak tau tak? Haa...namanya 'Churros' . Mula2 i pun tak tau ape kebendenye 'Churros' ni tapi bilah dah rasa.. Perghhhh memang sedap! Lagi-lagi bila dip dgn chocolate.. Perghhh memang terbaik lah! Haa mcm biasa kat bawah nanti ada gambarnya. Tapi gambar je lah ye kalau nak rasa silalah beli sendiri yek..hehehe


Love love,

ME (",)

twitter: @wAni_nAsir

Gangster Celop

Hi...harini nk cite pasal filem Gangster Celop. Korang dah tgk ke? Mesti ada yg dah ada yg belum..kann? Tp sy dh tgk. TIGA kali saya tgk ye TIGA kali..almaklum la sy kan kamaliens sejati..tak gitu?hahahaha..okay cite ni kelakar jugak. Tp sbb sy dh biasa duk dlm environment kelakar jadi sy gelak biase2 je..hiuhiu..


Ohh hari Ahad dua minggu lepas kot la kot (maklum la melayu mudah lupa) pelakon2 Gangster Celop ada serang (eh serang? Serang pun serang lah) TGV Wangsa Walk..Sy pun dgn gigihnye (gigih kerr?hahah) pegi lah sana. Diorg cakap pelakon2 tu datang pukul 3 tapi tunggu punya tunggu dalam pukul 4 lebih atau mungkin awal sikit atau mungkin lewat sikit pelakon2 tu datang. Wahh pastu kena la beratur kan untuk amik gambar dan poster yang telah ditandatangani oleh pelakon2 Gangster Celop! Tapi cuma dua pelakon je yang datang. Ok lah kan dari takde langsung..hihi..Kamal Adli dan Hanis Zalikha yg datang. Saya tangkap lah gambar dengan mereka lepastu ada org Excellent Pictures bg poster. Gedabak besar poster tu saya pun suruh adik sy bg balik kat akak tu cakap dah ada. Bukan apa sy malas nak bawak balik poster sebesar alam tu nnt letak merata jugak..bahahahaha


Lepas sesi sign autograph n tangkap gambar ada sesi kuiz. Hadiahnye buku nota filem Gangster Celop lah kan? Takkan lah buku nota filem lain pulekk...hehe..sy dapat dua buku nota satu Kamal Adli bg lagi satu Hanis Zalikha bg..kau ado?hahaha..whateverlah kann...hihi..ok dekat bawah ni mcm biasa sy akan kongsi gambar-gambar yang sempat di snap pada hari itu dan juga gambar-gambar scene dlm filem Gangster Celop.


Itu saje untuk kali ini.
Jumpa lagi!!!!!!!!! (:













Tuesday, March 5, 2013

KuliahUstazah Norhafizah Musa

Assalamualaikum... Hii..sy baru je lepas gi kuliah tadi. Kebas jugak kaki sbb duduk lama. (Agaknya sbb dah tua) ehh tapi takde la tua sangat..kannn? Hehe.. Ye lah what ever...hmm skg ni tgh tunggu mummy bersiap sbb dia nak keluar. Sy nk gi amik kete kat masjid. Ohh sebenarnya nak kongsi apa yg saya dapat tadi,, sila rujuk gambar dibawah ye. K lah nak keluar dah.

Jaga diri jaga hati jaga iman.

Wassalam~

The best birthday gift ever!

Assalamualaikum! hi! Hello! Haa..mcm yg dh dijanjikan nak story mory pasal my best birthday gift ever!!!! Nak tau apa? Meh cekidaut gambar di bawah ni... Nampak kann? Bagusss kalau nampak..kalau tak nampak dah tak lama la tu maknanya..hehe..gegurau saja..


Thats all for now.
See you when i see you!
Take care~

Monday, March 4, 2013

Bismillah

Sudah lama tak update blog. Bukan apa takde masa nak update. Padahal banyak je masa. Saja bagi alasan. Huhu. Eh memang banyak benda nak di kongsi. Hmm mungkin dah terlambat tapi bak kata pepatah inggeris. Better late than never..tak gitu?hehe . Okay. Tunggu lah entry seterusnya nak story pasal my best birthday gift ever. Wee~