Friday, October 31, 2014

Azwan Kombos

Heyy...

Harini nak share gambar masa jumpa Azwan Kombos. Kenal takk Azwan Kombos?? Alaaaa apa nii semua korang tak tau. Huhuhu. Azwan Kombos artis baru tapi taklah baru sangat punn. Dia bernaung di bawah syarikat MiG. Alaa yang David Teo punya syarikat tuu.

Haritu fan club Azwan Kombos iaitu Azwan Kombos Supporters (AKS) ada buat Movie Day Out untuk filem yang dilakonkan oleh Azwan Kombos iaitu NASI TANGAS. MDO ini di buat di TGV Wangsa Walk. Filem ni memang best dan jugak seram. Tapi tak lah seram mana pun. Kalau tak percaya korang tengok la... tengok tauu !!

Haa untuk pengetahuan korangm. Azwan Kombos ada berlakon jugak dalam drama BILA HATI BERBICARA SLOT AKASIA, ISNIN - JUMAAT, 7PM di saluran TV3. Watak yang dimainkan Azwan Kombos dalam drama tu ialah Taufik. So nanti yang ada twitter tu bole tweet letak hashtag teamTaufik. Tapi watak yang dilakonkan AK tu watak antagonis rasanya. Kepada mereka yang sudah membaca novel mesti tau kan? Tapi macam saya ni memang jenis tak berapa nak suka membaca novel memang tak tahulah macam mana drama tu. Huhu.

Ok lah.. itu saja yang nak di kongsi.
Selamat malam. (:

Thursday, October 30, 2014

OST Bila Hati Berbicara : Syamkamarul-Selamaku Bernafas

Selagi jantung ku berdetak di dalam tubuh
Aku akan menjaga cintamu di dalam hatiku
Selama bintang selalu ada di malam malam mu
Aku akan menjadi cahaya di dalam gelapmu

Andai dia tak bisa denganku
Aku relakan hidupku tanpa cinta seumur hidupku
Tuhan ku harap sekali saja
Aku bisa mencintai dan dicinta seumur hidupku

Dan ku berjanji seperti mentari yang menemani hari
Dan ku pastikan hidupmu tak akan pernah menangis kerana ku

Andai dia tak bisa denganku
Aku relakan hidupku tanpa cinta seumur hidupku
Tuhan ku harap sekali saja
Aku bisa mencintai dan dicinta seumur hidupku

Andai dia tak bisa denganku
Seumur hidupku
Tuhan ku harap sekali saja
Seumur hidupku
Biar sekali saja

Watch "Syamkamarul - Selamaku Bernafas (Official Music V…" on YouTube - Syamkamarul - Selamaku Bernafas (Official Music V…: http://youtu.be/RhRMVSMDXK8

Wednesday, October 29, 2014

Pelancaran Album TOMOK "Aku Datang' [27.10.14]

TOMOK, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kehadiran beliau bersama kumpulan New Boyz di era 90 an cukup untuk meletakkan nama TOMOK di dalam sejarah industri muzik tanahair. Kemunculan TOMOK sebagai artis solo juga tidak perlu disangkal kerana beliau telah membuktikan kematangan beliau apabila menjuarai pertandingan One In A Million (OIAM) pada tahun 2009. Kehebatan juara OIAM ini dibuktikan sekali lagi di pentas Versus musim ke 2 dengan menjadi JUARA melalui gabungan TOMOK dan Modread, MANIFESTO.

Kini TOMOK meneruskan lagi perjuangan beliau melaui penghasilan album kedua beliau TOMOK : AKU DATANG. Tampil dengan album kedua, TOMOK lebih matang dalam pemilihan lagu. Hal ini dapat dilihat dengan pembabitan TOMOK selaku PENERBIT untuk album TOMOK : AKU DATANG.

Berikut adalah senarai lagu untuk album "AKU DATANG"

CINTA TAK PERGI (feat Yana Samsudin)

PADAM

AKU DATANG (OST Filem Istanbul Aku Datang)

PENIPU
 

MAAFKAN AKU
 

CINTALAH AKU PULA
 

HIASAN DI LAMAN RINDU (Susunan Semula)

Haaa ada sesuatu yang menarik..Nak tau tak apaa?? Apa yang menarik tentang album ini adalah penganjuran "ROAD TOUR AKU DATANG" yang akan berlangsung pada sekitar bulan NOVEMBER 2014. Tak lama lagi dah nak bulan November. betul takkk? Mesti semua peminat Tomok tidak sabar untuk mengetahui lokasi lokasi yang akan di terjah oleh Tomok. Malah apa yang lebih menarik "ROAD TOUR AKU DATANG" ini akan disertai oleh beberapa rakan rakan artis yang lain.

Untuk mereka yang ingin menegetahui maklumat lanjut tentang "ROAD TOUR AKU DATANG" bolehlah menunggu post saya yang akan datang.

Jangan lupa dapatkan album TOMOK : AKU DATANG yang ORIGINAL di pasaran sekarang!

Kepada mereka yang ingin mengikuti perkembangan TOMOK  boleh lah mengikuti beliau di laman sosial berikut :-

INSTAGRAM    :    @TomokOfficial

TWITTER          :    @TomokOfficial


Terima kasih sudi membaca (;
 



IM4U FM memang best weyyy..

Heyhooo..

Pernah dengar tak pasal IM4U FM ? Rasanya orang orang lembah klang mesti tauu kan? Sebabh orang orang lembah klang boleh dengarkan IM4U FM dekat frekuensi 107.9 . Kalau yang tak peenah dengar tu bolehlah bukak radio dan cari frekuensi 107.9 . Memang best sesangat lagu lagu yang di mainkan dalam radio ni. Kalau tak percaya bole try test tengok dengar. Yeahhh.

Ada berita baik untuk orang yang duduk bukan sekitar lembah klang. Nak tauu takk apa diaa??? IM4U FM sekarang boleh didengari online uollss.. excited takk? Satu dunia boleh dengar IM4U FM weyyy.. Cayalahh.. lepas ni tak risau dah kalau pergi mana mana sebab masih boleh dengar stesen radio IM4U FM . :D

Layari www.im4ufm.my untuk dengarkan radio IM4U FM secara online.

Ok bai~

Ustaz Don melawat Menara Kuala Lumpur?

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum...
Hiii semua...

Petang tadi WN (wahh guna nama singkat pulak. Sejak bila pulak saya ada nickname ni..heheh :p ) pergi melawat Menara Kuala Lumpur. Eh bukan melawat lahh tapi WN join Kuliyyah Fissama bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Kenal ke siapa Ustaz Don? WN rasa semua kenal kann Ustaz Don famous tuu. Huhu. Kalau ada yang tak kenal tengok gambar kat bawah ni ye WN ada kongsi gambar. Wajib lah kan bila pergi sana tangkap gambar. Kalau tak tangkap gambar rugi 200% laa. Tak gituu?? Kihkih

Tajuk kuliyyah tadi "Murah Hati, Ganda Rezeki" . Memang banyak perkongsian yang diberi oleh Ustaz Don. Apa yang WN boleh bagitau kesimpulannya kita janganlah kedekut. Sentiasa lah memberi derma, sedekah atau hadiah untuk orang lain. Dan lagi satu kita wajib membayar zakat untuk menyucikan harta kita. Yeahh.

Semoga hidup kita lebih ceria gembira dan bahagia selepas ni. Nak tau kenapa? Sebabnya kalau kita bagi 1 dekat orang Allah akan balas 10 dekat kita. Ini janji Allah ye bukan WN reka reka cerita. (:

Tuesday, October 28, 2014

Bila Hati Berbicara :D

Heyhooo...

Wah wahh wahh.... Drama terbaru tv 3 untuk slot Akasia yang menggantikan MJATS (Maaf Jika Aku Tak Sempurna) ialah Bila Hati Berbicara. Tak tahu lah macam mana rating cerita ni. Tapi apapun saya tetap nak layann... oh yeahh. Nak tau tak kenapa? Kenapa? Kenapa? Haaa... dah tentu tentu sebab pelakonnya. Hehehe.

Tapi bila tengok drama ni mesti ramai yang tak berapa kenal dengan pelakon pelakon cerita ni. Tapi saya kenal sebab saya memang minat dengan Hafreez Adam. Hehehe. Walaupun dia bukanlah Hero dalam drama ni tapi takpelah kan.

Hero untuk drama ni Syafiq Kyle. Saya minat sikit la dengan dia tapi adik saya minat banyakk. Huhu. Heroin pulak Atikah Suhaime. Saya memang selalu ikuti semua drama atau filem lakonan Atikah Suhaime. Memang best dia berlakon.

Antara pelakon pelakon lain dalam cerita ini adalah Raja Ilya, Azwan Kombos (one of my favorite), Idzham Ismail, Lia Natalia, Alex Yanz dan lain lain lagi.

Jadi jangan lupa ya untuk menonton Bila Hati Berbicara pada setiap hari Isnin - Khamis, 7malam di tv3. Ohh ya, kalau ada yang terlepas untuk tengok drama waktu ni boleh lah ke www.tonton.com.my . Bole tengok puas puas kat situ. Hehe.

Lagi satu untuk yang ada media sosial seperti instagram, twitter dan sewaktu dengannya boleh lah menggunakan hashtag #BilaHatiBerbicara atau #BHB . Jom kita tweet banyak banyak sampai trending. Yeahhh.

Ok lah . Itu saja untuk post kali ni. Terima kasih sudi jengah kat sini.

K bai~ (:

ARIL Album Launch [27.10.14]

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus yang lahir dalam program realiti Akademi Fantasia musim ke 7 telah melancarkan album terbaru beliau pada 27 Oktober 2014 bertempat di No Black Tie, Jalan Mesui, Kuala Lumpur.

Album ini mengandungi 9 buah lagu dan lagu Kembali Senyum di dalam album ini merupakan lagu daripada arwah abang Aril iaitu Izwan Pilus yang dinyanyi semula oleh Aril dengan sentuhan baru.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah :-

1- Cari Aku
2- Menggeletar
3- Bangkit
4- Kembali Senyum
5- Ganjil
6- Bintang & Kelompang
7- Anugerah Terindah
8- Tulus
9- Menatap Matamu





Artis Wanita Duta Minyak Wangi

Fatiya Latiff
Ambassador for Avon Perfumes 


Hey, untuk pengetahuan semua. Baru baru ini Avon ( tau ke tak Avon tu apa? Kalau tak tau memang tak lama dah la bole bernyawa tu. Hikhik. *Gurau je jah jangan marah nanti kena jual. Hehe.) telah melantik Fatiya Latiff sebagai Duta Perfume yang terbaru. So untuk jadi wangi wangi dan bau badan yang best best boleh lah serbuuu butik Avon yang berhampiran korang. Cepattt!! Pi sekarang dik nun. . K bai~ 

Tahun Baru Hijrah? New yearrrrrr :D

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...


Hi... rasanya masih tak terlambat untuk ucap Salam Maal Hijrah. Tak sangka pejam celik pejam celik dah setahun berlalu untuk tahun hijrah. Semoga setahun yang akan datang memberi seribu makna dan kenangan yang terindah buat kita. Agak-agak apa azam tahun baru hijrah korang? Entah-entah azam tahun lepas pun tak tercapai lagi. Ye dok? Hehehe. Tak pe lah. Pelan pelan kayuh bro. Kihkih. Tp bukan untuk bro saja tau sis sis adik adik uncles uncles aunties aunties pun sama lah eh. Huhu


  Ok. Sampai sini saja lah perkongsian kita. Saya doakan ada semua sihat sentosa ceria gembira bahagia sentiasa. Jaga diri jaga hati jaga jaga ada yang dok perati. Hehe. K bai~ :p