Friday, November 28, 2014

Teh Tarik Session:- Bila Hati Berbicara

Semalam telah berlangsungnya Teh Tarik Session bersama para pelakon Bila Hati Berbicara. Bertempat di Enjoys Corner, Desa Melawati acara itu bermula pada pukul 6.30 petang.
TTS ini adalah anjuran Suhan Movies. Semua peminat yang terlibat diberi teh tarik dan otak otak secara percuma.
Ramai peminat yang hadir memberi sokongan kepada artis kesayangan. Antara pelakon yang menghadiri TTS ini adalah heronya Syafiq Kyle (EmirQasya). #TeamEmirQasya memakai baju berwarna biru.
Hafreez Adam (BadriFathul) yang menjadi sahabat baik EQ dalam BHB juga turut hadir di majlis ini. #TeamBadriFathul memakai baju berwarna merah ( saya laa pakai baju merah. Heheh)
Azwan Kombos (Taufik) juga ada team beliau tersendiri #TeamTaufik ( ini pun saya. Hihihi)
Artis lain yang turut hadir TTS ini adalah Idzham Ismail (Zaidi)
Ok. Tu je yang WN nak kongsi.
Nah enjoy gambar kat bawah ni ye.
Ohh sebelum terlupa WN nak ucap terima kasih kepada Suhan Movies kerana menjemput WN untuk ke majlis ni. Harap lepas ni ada lagi. Nak jumpa Tania Katsura & Baby. ✌


INSTAGRAM : @waninasir
TWITTER : @wAni_nAsir

Wednesday, November 26, 2014

Artis memeriahkan Karnival LPF ke 60 tahun

Karnival LPF yang ke 60 telah di sambut meriah dengan kehadiran ramai atis terkenal. Bertempat di Alamanda, Putrajaya. Lokasi itu menjadi tumpuan penduduk sekitar bermula 22November hingga 23November. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh mereka yang terlibat antaranya Media Prima, RTM, Metrowealth, TV AlHijrah dan Finas.

WN berkesempatan untuk berkunjung ke sana pada hari pertama karnival ini berlangsung 😊

Jadi, mari lihat gambar gambar yang telah WN ambil di sana.

Ok, terima kasih sudi jengah ke blog WN.

Bye!

Thursday, November 20, 2014

"Misi Tawan Baby"

Haritu layan filem 'Misi Tawan Baby' bersama pelakon - pelakonnya. Tapi ada jugak artis jemputan seperti Aeril Zafril.

Thursday, November 13, 2014

Gaya #selfie artis di ASK 2014

Haaa harini nak kongsi gambar selfie WN bersama artis Malaysia pada ASK 2014 baru baru ini yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) . Gambar di kamera nanti2 lah ye WN kongsi. Hehehe.

K bai~

Wednesday, November 5, 2014

Lokasi 'ROAD TOUR AKU DATANG'

09 November 2014 HARD ROCK CAFE MELAKA

16 November 2014 HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR

18 November 2014 THE BED, KOTA KINABALU, SABAH

20 November 2014 BEYOND 2000, LABUAN, SABAH

24 November 2014 PARAGIN SUPERCLUB, KUCHING, SARAWAK

Untuk maklumat lanjut sila ikuti perkembangan TOMOK di

Twitter @TomokOfficial
Instagram @TomokOfficial

Pelancaran Album Faizul Sany [25.09.14]

Faizul Sany merupakan Juara rancangan realiti yang popular iaitu Akademi Fantasia (AF 2013) . Baru baru ini beliau telah melancarkan album sulung beliau iaitu Faizul Sany. Pelancaran album ini turut di hadiri oleh beberapa rakan artis seperi Azhael AF2013 , Indah AF2013, Amira AF2013, Aisyah AF2013 dan Faizal Tahir. Faizal Tahir juga merupakan orang yang banyak menyumbang dalam pembikinan album Faizul.

Terdapat 7 buah lagu di dalam album ini antaranya ialah :-

1. Stylo Mylo
2. Perempuan 
3. Lullaby
4. Surat Untuk Sahabat
5. Merdeka 
6. Jatuh
7. Sampai ke Bulan
8. 333 Batu
9. Sepasang Sayap

Single kedua Faizul yang hit sekarang ini ialah lagu Perempuan. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Faizul . Dengar cerita lagu Perempuan menjadi juara carta untuk sebuah radio di Singapura iaitu RIA . Lagu Perempuan juga merupakan OST untuk drama SuamiKu Encik Sotong yang ditayangkan pada setiap hari Isnin di saluran Astro.

WN rasa mesti ramai yang suka dan jatuh cinta dengan lagu Perempuan ni kan? Apa lagii jom ka kita request lagu ni dekat radio radio kegemaran anda. Kalau macam WN banyak radio yang feveret. Hehe.
Last  but not least , jangan lupa dapatkan album Faizul Sany di pasaran sekarang. Haa pastikan album yang korang beli tu original ye.

Terima kasih sudi membaca.
Salam muhibbah
Ok bai~