Monday, March 11, 2013

Lelaki Dari Gua

Assalamualaikum..

Hello Isnin!

Harini saya nak berkongsi tentang sebuah teater yang telah saya hadiri beberapa minggu yang lalu. Pada 03.03.13 (cantik kann tarikh tu) saya telah menonton sebuah teater dakwah berjudul Lelaki Dari Gua yang dilakonkan oleh Mustaqim, Amar Asyraf dan ramai lagi. Teater itu sangat enak (biar betul guna ayat nih) di tonton kerana memberi banyak pengajaran dan sesuatu pengalaman yang mengujakan menonton 'poor theatre' buat kali pertama. Apa itu 'poor theatre? Kata Amar Asyraf 'poor theatre' ialah teater yang minimum. Maknanya kos pembuatan, alat dan tiketnya boleh dikatakan murah berbanding menonton teater di Istana Budaya. Hah..banyak lagi elaboration nya tapi saya kurang ingat. Jika nak tau lebih lanjut boleh google search atau tanya pada yang pakar.



Teater itu dibuat di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya menuju ke sana menaiki (betul ke ayat saya nih.hentam lah) LRT Putra dan Star. Untuk ke Stor DBP perlu turun di Stesen Hang Tuah. Dari situ saya berjalan kaki dan sampai di Stor DBP selepas 10 minit (lebih kurang)


Sesampainya saya di sana, saya membayar tiket yang telah ditempah beberapa hari sebelumnya. Harga tiket RM20 sahaja.


Selepas menonton teater, kami (org2 yang menonton teater) diberi masa untuk bertanyakan soalan. Kiranya sesiapa yang tidak faham atau inginkan lebih penjelasan tentang watak atau kejadian di dalam teater itu boleh lah menanyakan soalan samada kepada pengarah atau pelakon. Haa, itulah salah satu kelebihan teater. Sangat menyeronokkan.


Saya sangat beruntung kerana pergi teater tu hari dan waktu itu. Nak tau kenapa? Sebab haritu jugak ada pemenang tiket teater dari Amar Asyraf Lovers ( kelab peminat Amar Asyraf) . Selepas habis sesi tangkap gambar pemenang2 di ajak Amar Asyraf dan tunang minum petang di kedai mamak. Entah macamana tak semena mena saya dan adik serta kawan saya yang BUKAN Pemenang pun turut di ajak.hehe. Dah orang ajak takkan nak tolak kan? Bak kata pepatah REZEKi jangan DiTOLAK..


Semasa di kedai mamak itu Amar Asyraf banyak berkongsi tentang perbezaan drama, filem dan teater serta banyak lagi lah yang telah di kongsi.


Itu saja untuk kali ini. Di bawah ini saya kongsikan gambar2 yang telah ditangkap di hari kejadian

Wassalam.

















No comments:

Post a Comment