Friday, August 14, 2015

KL Fashion Week 2015 (KLFW2015) - Day 1 12/08/15

KUALA LUMPUR: The third Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) Ready-to-Wear (RTW) 2015 officially kicked off on Monday at Pavillion, Jalan Bukit Bukit Bintang by Tourism Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

A joint effort with Tourism Malaysia to enhance the fashion business and retail industry of the country, organiser, Andrews Models promised five days of fashion forward shows, starting August 12 to August 16 2015 held at its official venue in Pavillion Bukit Bintang.

Comparing to the previous years, with last year’s total of over 100,000 fashion spectators and buyers attending the five day event, Andrew Tan, the founder of KLFW said that this year’s fashion week will definitely be the biggest ever in the country.

With more than 80 designers lining up their exclusive collection on the runway, inclusive of local and international designers from China, Britain, Singapore, Australia and Indonesia, KLFW RTW is focused on offering a platform of business

Aside from showing an array of quality fashion products by new and experienced designers in Malaysia and other parts of the country, KLFW 2015 will also open opportunities for young aspiring designers by working together with AirAsia, producing a competition where new upcoming designers can win exciting prizes and make their mark in the fashion industry called AirAsia Runway Ready Designer Search.

For more info follow their official instagram @klfashionweek and through hashtag #klfwrtw2015 or #klfw15 .


Monday, July 13, 2015

Lepak chill kat Avenue K .

Assalamualaikum.

Hiiii... WN sebenarnya rasa segan nak update blog sebab ada kawan WN baca blog WN. Hahahha. Malu 2 tahun weyy.. hehehe

Tapi takpe la kan. Dah nama tulis blog mesti la ada org baca. Eh, yeke ada yang baca? Tak kisah lah kann.. WN tetap gak nak menaip. Heheh

Haa haritu.. 2 3 hari lepas ada event KL Calling. Ala macam bazar2 gitu laa. Kat situ jual macam2 barang wei. Kalau bole macam2 WN nak beli tapi disebabkan kewangan yamg terhad terpaksa la melupakan hasrat WN. Huhu.

Ok lah. Malas nak cerita banyak korang tgok la gambar yang WN nak share. WN jumpa ramai artis kat situ so macam biasa lah WN bergambar lerr.

Ok selamat tinggal
Jaga diri 
Tak sabar WN nak kelik kampung esok. Wee~

Monday, July 6, 2015

Artis memeriahkan Nu Sentral, KL Sentral

Hii.
Selamat petang guysss.
Lagi beberapa jam nak berbuka kan. So WN dalam lrt ni nak update blog lah jap. Biasa mood WN ni tak tentu. Bila rasa nak update blog WN update je. Kadan sehari sampai 2 3 post. Kalau takde takde langsung plak. Macam2 lah kann. Heheh

Haa nak cerita pasal WN pergi Nu Sentral hari Sabtu yang lepas. Ada Dafi buat persembahan. Kalau korang nak tau WN memang dari dulu suka Dafi cuma jarang jumpa dia. Pasal dulu2 mana reti sangat hal2 dunia hiburan ni. Hehe. WN minat Dafi zaman myspace. Korang nak tau tak masa WN mula2 jumpa dia dulu kitorang pakai baju warna sama uollss. Hahaha. Sekarang WN tak perasan samada gambar tu masih wujud ke tak. Kena godek gambar2 lama la gituu. Tak kuasa den. Hahaha

WN ada post kat youtube persembahan Dafi haritu. Kalau korang nak layan boleh lah cari youtube WN. Hehehe. Search je 'Wani Nasir' ada banyak lagi video2 yang korang bole layan. Huhu

Haa macam biasa laa laa kan kat bawah ni WN share gambar dengan Dafi. Layan je la k guyss..
Selamat berbuka puasa. Puasa ke uolllsss?? 😊😅😝

Gambar bersama artis di Majlis Syukur Selalu Media Prima

Hiii guyss..

Assalamualaikum.. 2 hari cuti WN bercadang nak update blog ni. Tapi time2 hari biasa jugak WN ada mood nak update blog ni. Macam2 lah WN ni kann. Hehhehe

WN cuti minggu depan hari Selasa jadi WN memang extra triple busy minggu ni. Katanya Sabtu Ahad pun kena kerja uollsss. Hahahahah. WN okay je cuma sekarang ni tak okay. Nak tau kenapa? Sebab WN sekarang mengantuk yang teramat sangat. Tolongggg!!!

Dah la big boss ada harini tapi selamba badak je WN tak buat kerja. Hehehe. Nak update blog dulu laaa. Adoiii mata ni rasa macam berat dan tak boleh bukak tapi nak tak nak terpaksa la WN tahan.

Haaa sebenarnya WN nak share gambar2 dekat Majlis Syukur Selalu baru2 ini anjuran Media Prima Berhad. Memang meriah sangat majlis yang bertempat di Hotel Istana Kuala Lumpur.

So apa lagi enjoy la tengok gambar2 yang  sempat WN tangkap. Hehe. Selamat berpuasa 19 Ramadhan ye. Senyum selalu dan ceria selalu. Walaupun puasa jangan layu.

Ok lah guysss. Selamat tinggal untuk sekarang ! 😊

Friday, July 3, 2015

Media Prima menyediakan pelbagai rancangan menarik SYAWAL ini! #SyukurSelalu

MENZAHIRKAN KEBAHAGIAAN
Sajian Program Menarik Menyemarakkan Sambutan Syawal

Kuala Lumpur, 1 Julai 2015:

"Saat hati bimbang dan rebah, Al-Quran dan Sunnah adalah cahaya yang menghidupkan kembali jiwa dan minda untuk melangkah yakin meniti hidup" - Fedtri Yahya

"Kalau kita ditimpa masalah, itu petanda Allah sayang kita." - Fara Fauzana

"Bertaubat dan menginsafi atas kesalahan-kesalahan yang kita pernah lakukan. Itu lebih dituntut Allah." - Kaka Azraff

"Tidak ada kesusahan yang berterusan dan kesenangan abadi. Jangan sesekali kita berputus asa. Sentiasa berdoa dan tawakal dengan ketentuanNya." Izreen Azminda

"Jangan melihat rezeki itu hanya dari satu sudut sahaja. Nilaikan kehidupan dengan perasaan syukur terhadap kurniaanNya." - Fizo Omar

Itulah antara mutiara kata yang dikongsi oleh lima duta daripada 10 duta Syukur Selalu bagi TV3 dan TV9 bersempena dengan kempen Ramadan & Raya pada tahun ini.

"Syukur Selalu" merupakan kempen Ramadan & Raya yang sedang rancak berlangsung menerusi rangkaian televisyen Media Prima, TV3 & TV9 dan juga online portal TonTon. Selain program TV yang disediakan khas buat tontonan ramai, kempen ini turut dimeriahkan dengan dua Bazar Syukur di Temerloh, Pahang (27 Jun) dan Johor Bahru, Johor (4 Julai) serta kunjungan Skuad Syukur Selalu ke bazar-bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang.

"Syukur Selalu" telah dipilih sebagai tema kempen Ramadan & Raya menerusi rangkaian televisyen dan juga online portal, TonTon bersempena dengan kedatangan Ramadan dan sambutan Syawal pada tahun ini. Kempen ini juga turut dimeriahkan dengan sokongan daripada rangkaian radio dan media cetak di bawah naungan Media Prima.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, TV3 & TV9 telah menyusun pelbagai program menarik buat tatapan penonton setianya. Antara program-program menarik sepanjang minggu raya pertama dan kedua nanti adalah drama eksklusif yang menampilkan barisan pelakon popular tanah air, program Raudhah, majalah & dokumentari, program variasi, seleksi filem-filem blockbuster luar negara dan juga program-program animasi khusus untuk kanak-kanak di Bananana!.

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, "Alhamdullilah, sudah hampir sebulan kami menjalankan kempen Syukur Selalu dan respon yang diterima adalah sangat positif. Ini dapat dilihat menerusi pencapaian kadar tontonan TV yang semakin meningkat pengunjung yang berpusu-pusu memeriahkan Skuad Syukur Selalu dan Bazar Syukur Selalu serta penggunaan Aplikasi Syukur Selalu yang semakin meningkat sehingga hari ini."

"Lazimnya TV3 dan TV9 menjadi saluran TV pilihan utama rakyat Malaysia pada musim perayaan. Atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan ini, kami berjanji untuk memberikan kandungan program yang hebat dan menghiburkan sepanjang minggu pertama dan kedua Syawal ini, " tambah beliau lagi.

Pada tahun ini, TV3 akan menggandingkan bintang-bintang popular menerusi telefilem Jodoh Ke Uolls (Amar Baharin, Izreen Azminda, Syarul Ridzwan, Mia Ahmad), Gerobok Raya (Eja, Zamarul Hisham, Shukri Yahaya), Sebelum Takbir Bergema (Shahz Jaszle, Amar Asyraf, Siti Elizad), Abang Sado Kau Ado? (Adiba Yunus, Sharnaaz Ahmad), dan Rindu Awak 200% Raya (Zul Ariffin, Ayda Jebat) bermula 16 Julai ini.

Syawal anda pasti lebih ceria dengan tayangan filem-filem blockbuster di TV3 seperti Tembus, Romeo Kota, Isyarat Cinta, Hantu Bonceng, The Lone Ranger dan Chennai Express. Tidak ketinggalan, telefilem istimewa Hari Raya yang menyentuh perasaan seperti Ketupat Lemang, Pelita Panjut Untuk Mertua, Rumah Kecil Untuk Tuhan, Homestay Raya dan S Untuk Syawal.

TV3 juga turut menyediakan program hiburan, variasi dan muzikal terbaik seperti Meh! Raya Meh!, Dapur Panas VS 5 Rencah 5 Rasa, Melodi Raya, Edisi Khas Negeri Sembilan VS Kelantan, Anugerah Juara Lagu (A.J.L), In Person, Gelak Bistro, Ye Ke!? Raya dan Mentor Legend Raya. Tidak ketinggalan juga program berbentuk Majalah & Dokumentari seperti Malaysia Hari Ini (MHI) Raya, Wanita Hari Ini (WHI) Raya, Da'i Tasliyah Selawat, Madrasah Raya, Seharum Rindu Tok Esah, Misi K dan Indahnya Takbir.

Tidak lupa juga kepada penonton ciliknya dengan menyediakan program-program khas yang dibawakan oleh Bananana! seperti BoboiBoy Eksklusif Raya di TV3 manakala Super Squad, The Amazing Awang Khenit, Upin & Ipin Raya dan Geng Pengembaraan di TV9.

Sementara itu, TV9 meneruskan tradisinya menyediakan tiga drama eksklusif menerusi slot 12.30 tengah hari iaitu Ramadan Berteduh Syawal (Beto Kusyairy, Sari Yanti, Zahiril Adzim), Joyah Tak Balik Malam Raya (Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Bell Ngasri) dan Misiku Kubur (Joey Daud, Azrel Ismail, Kilafairy).

Turut memaparkan program Raudhah, variasi dan hiburan yang menarik di TV9 iaitu The Sound Of Muslim, Hijab Stailista Raya, Sis Raya, Tanyalah Ustaz (Cinta-Nya Insan) Raya, Ketupat Rendang Kopi O, Buskestra, Kasi Gegar Raya, Projek M.E.J.A - Edisi Khas, Diva Raya, Galaksi Raya, Konsert Forteen, Kita Punya Raya, Pi Sana Pi Sini P.Ramlee, Hot TV Raya, Hip TV Raya, Mad Markets Raya dan Lari: Mencari Mr X. Bagi mereka yang meminati filem-filem blockbuster Hollywood, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Iron Man 3, Marvel's The Avengers, G.I. Joe: The Rise Of Cobra, Oz The Great & Powerful dan Real Steel.

Kempen Syukur Selalu dirancakkan lagi dengan iklan raya Syukue Selalu yang menggabungkan empat iklan pendek (ident promo) Syukur Selalu di mana penonton bakal mengetahui jalan ceritanya secara menyeluruh apabila melihat keempat-empat iklan pendek tersebut. Iklan raya Syukur Selalu ini turut mendapat kerjasama daripada rakan penaja kami iaitu Nescafe Classic. Selain itu, TV3 dan PrimeWorks Studios juga bekerjasama dengan Nescafe Blend & Brew menerusi telefilem raya, Rindu Awak 200% Raya lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat, iaitu sekuel kepada drama bersiri popular slot Akasia, Rindu Awak 200%.

Tidak ketinggalan juga kolaborasi dengan Coca-Cola dalam menghasilkan muzik video bertema kempen Syukur Selalu nyanyian Dayang Nurfaizah dan Black, serta kapsul-kapsul yang dihiasi dua wajah duta Syukur Selalu iaitu Fizo Omar dan Elfira Loy. Selain itu, Coca-Cola juga turut serta dalam bazar Syukur Selalu di mana pengunjung berpeluang membuat nukilan tersendiri pada tin Coca-Cola.

Bagi mereka yang tidak sempat menonton program di TV, mereka turut berpeluang menontonnya menerusi online portal TonTon (tonton.com.my). Lebih istimewa, TonTon Original Series telah bekerjasama dengan Sengheng untuk menayangkan drama bersiri enam episod berjudul Cinta Karan lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat pada setiap hari khamis, jam 11.00 pagi bermula 25 Jun 2015.

Anda boleh mengikuti perkembangan dan info terkini tentang Syukur Selalu dengan muaturun Aplikasi mudah alih #SyukurSelalu (Apple AppStore & Google PlayStore) secara percuma mulai hari ini! Selain memaparkan rancangan menarik di TV3, TV9, TonTon dan Hot FM, kata-kata motivasi oleh barisan duta, paparan waktu bersahur dan berbuka puasa, tips fesyen dan resepi istimewa turut dimuatkan di dalam aplikasi ini. Dapatkan juga E-Kad Raya unik dan info terkini trafik untuk memudahkan perjalanan anda sekeluarga bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Tunjukkan keunikan kampung anda dengan tema yang diberikan (tema mingguan seperti Syukur dan Juadah) dengan cara memuat naik gambar tersebut menerusi Aplikasi Syukur Selalu di Kampung Gua Hebat. Setiap gambar akan menyumbang satu mata untuk negeri masing-masing. Negeri dengan mata tertinggi akan menerima kunjungan rumah terbuka Syukur Selalu pada bulan Syawal nanti. Turut memeriahkan rumah terbuka ini ialah duta-duta Syukur Selalu serta para Selebriti.

Selain daripada menghiasi program-program di TV3 dan TV9 serta Radio, barisan duta Syukur Selalu seperti Elfira Loy, Fadlan Hazim, Kaka Azraff dan Fizo Omar (TV9) dan Fara Fauzana, Ahmad Fedtri Yahya, Zara Zya, Aeril Zafrel, Izreen Azminda dan Shukri Yahaya (TV3) juga akan turun padang menjayakan kempen Syukur Selalu sepanjang bulan Ramadan ini.

Wajah-wajah duta Syukur Selalu TV3 &TV9 ini juga turut menghiasi papan iklan digital dengan kata-kata mutiara untuk bulan Ramadan di sekitar ibu kota. Orang ramai juga boleh berkongsi mesej menarik dengan menggunakan #SYUKURSELALU dan setiap mesej menarik akan dipilih untuk dipamerkan.

Kempen "Syukur Selalu" juga dimeriahkan dengan lagu temanya, Syukur Selalu, gubahan oleh Juara Projek EP Hot FM - Hani dan Zue (Hanisah Hassan dan Zuliana Eusoff), nyanyian oleh Dayang Nurfaizah dan Black. Lagu ini bakal disiarkan di rangkaian Radio Media Prima bermula 2 Julai 2015. Selain itu, anda juga boleh muat turun nada dering Syukur Selalu melalui Maxis Caller Ringtone (Dial *131*<Kod># dan tekan call/send), Celcom Call Me Tones (Dial *888*<Kod># dan tekan call/send) dan DiGi Caller Tunes (Dial *233*<Kod># dan tekan call/send). Lagu tersebut juga boleh didapat dari iTunes, Deezer, Spotify dan sebagainya mulai 10 Julai 2015.

Bazaar Syukur Selalu telah menerima lebih daripada 10 ribu pengunjung di lokasi pertamanya iaitu Termeloh, Pahang pada 27 Jun 2015. Nantikan kunjungan krew Bazar Syukur Selalu di Tempat Letak Kereta A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru pada 4 Julai 2015. Bagi mereka yang belum berkesempatan, mereka masih boleh bertemu dengan Skuad Syukur Selalu dan dapatkan Set Iftar di lokasi-lokasi seperti berikut:
2 Julai - Bazar Teknologi, Kota Damansara
6 Julai - Bazar Sek. 17 PJ
7 Julai - Bazar Sek. 13 Shah Alam
8 Julai - Bazar USJ4
11 Julai - Bazar Sungai Penchala
12 Julai - Bazar Lembah Subang

Untuk maklumat lanjut, sila layari web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my. Muat turun Aplikasi mudah alih #SyukurSelalu hari ini dan ikut info terkini kempen #SyukurSelalu.

Antara artis yang menghadiri majlis ini...
@elfiraloy @fadlanhazim @syuhaida.abraz @zulinaziz @sherry_alhadad @zul_ariffin @aydajebat @syarulridzwan @mia.ahmad @amarbaharin @mawarfareeda_mf @fizoomar @aisyahasnaa @nadzmiadhwa @fizzfairuz @almynadia86 @dayanaroza @zahirahmacwilson @elizadsharifuddin @nonnynadirah @altimet_ @kakaazraff @irin_putri @shukriyahaya @adibayunus @farahdhiya_fd @theidriskhan @ammar_alfian @mimi_ernida @faatinakib @mimieharis @scha_popkrew @ikanabella @fezrulkhan @liyanajasmay @juesophevans #RusdiRamli @dbi_boyiman @fazlinaahmaddaud @zuhairieibrahim @noniswara @khalidnadzri @iseyfazlisham @acheykintangkintung @fahmiesmail @harrisalif @haniandzue @hanisahasan @zulianaeusoff @mia.ahmad @afieqshazwan @nasahmad_terjah #SeelanPaul @iamrosyam @izreenazminda @zarazya @izzueislam @pabloamirul eja78 @elliesuriaty @ebbyyus @tv3malaysia @tv9malaysia @tontonmy

Lirik Lagu Siapa Diriku - Ayda Jebat ( OST Drama MAiD)

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Aku bukan primadona
Aku bukan juga diva
Aku..aku..

Aku bukanlah superstar
Sampai nak mengada-ngada
Tunggu..Jangan cepat nak label ku
Biarkan berkata-kata apa sahaja

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Kau cuba jatuhkan ku
Tinggalkan aku seribu batu
Aku.. masih harapanmu
Biarkan berkata-kata apa sahaja

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan kau main kata
Tanpa usul periksa
Hanya manusia biasa
Kita tak sempurna

Hati-hati dengar sini
Jaga diri jaga hati
Sayang cinta rindu
Kau kata I love you

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Siapa diriku

Thursday, July 2, 2015

Rancangan menarik di saluran ASTRO

Hii guyss...

Nak tau tak rancangan apa yang akan ditayangkan di Astro untuk bulan syawal tahun ni? Nantikan update dari WN okayyy.

Stay tuned guyssss..

Memang baaaaaaaanyaaakkkkk sangat-sangat rancangan yang menarik. WN cadangkan uollsss semua beraya depan televisyen saja lahh. Jangan lupa sediakan kuih raya 2 3 balang. Hehe

Haa lagi satu jangan pulak lupa bayar bil Astro dan segala bil yang sewaktu dengannya. Rugi tauu kalau tak tonton. Huhu

WN tak nak la bagitau sekarang sebab raya kann lambat lagi. So bawa bertenang dan bersabar tauuu.

Ok lahh jumpa di next post okayyy..

Take care guyss!

Gambar bersama artis di sekitar Majlis Pelancaran #KosongKosong

ASTRO LANCAR IKLAN ISTIMEWA HARI RAYA SARAT DENGAN MESEJ NILAI KEMAAFAN

SALAM AIDILFITRI
"KOSONG KOSONG"
MAAF ZAHIR BATIN"

Himpunan lebih 168 buah program menarik di 16 buah ramgkaian saluran Astro turut dihidangkan untuk hiburan seisi keluarga sepanjang bulan syawal.

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2015 - Bertepatan dengan tema Kempen Ramadan dan Syawal pada tahun ini iaitu Kosong-Kosong, Tiada Noktah Untuk Kemaafan yang diinpirasikan daridapa kesucian dan ketulusan hati untuk melupakan segala sengketa lampau, pihak Astro meneruskan lagi tradisi sambutan Aidilfitri dengan mempersembahkan secara eksklusif sebuah iklan komersial televisyen bersempena dengan hari raya yang memaparkan kisah benar bekas seorang pesakit penagih dadah bernama Herman dan bapanya. Iklan ini mengupas tentang pengertian 'Kosong-Kosong' dan nilai kemaafan dalam hidup seorang individu biasa yang menempuhi realiti hari ini dengan kisah mereka sendiri yang belum pernah dikongsi kepada umum sebelum ini.

Uniknya lagi, iklan komersial ini turut menampilkan Herman sendiri yang ingin memohon maaf kepada bapanya yang telah sekian lama tidak berjumpa. Menerusi iklan ini, Astro berharap untuk mengubah pemikiran masyarakat tentang pentingnya memgeratkan silaturahim dan bermaaf maafan terutama di bulan yang mulia ini.

Bukan itu sahaja, pihak Astro juga bakal menghidangkan lebih 168 buah program istimewa termasuk 143 buah program baru yang bakal memeriahkan musim perayaan di rangkaian 16 buah saluran Astrobyang terpilih iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Ceria (611)), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Astro Bella (133), Astro Ria HD (123), Maya HD (135), Mustika HD (134), Bintang (141), Pelangi (142), Fox Movies Premium (413), KIX HD (729), HBO (411) dan History (555).

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, "Berdasarkan kajian selidik yang telah dijalankan, iklan komersial Astro yang diterbitkan pada tahun lepas merupakan antara video yang paling kerap ditonton di laman YouTube dengan 1.14 Juta jumlah tontonan. Ini cukup menggembirakan pihak kami kerana ia membuktikan bahawa pendekatan yang kami ambil berjaya menyentuh hati dan perasaan orang ramai dengan cara yang cukup ringkas.

Konsep unik kami yang menekankan nilai-nilai kekeluargaan sambil menampilkan kisah kehidupan selebriti merupakan faktor utama disebalik kejayaan video tersebut. Berdasarkan pengamatan kami, penonton lebih terkesan dengan kisah realiti berkisahkan kehidupan sebenar yang berlaku di sekeliling kita. Mesej yang ingin disampaikan menerusi kisah sebegini juga turut sarat dengan nilai-nilai murni sebagai teladan dan panduan kepada semua.

Jika pada tahun-tahun sebelum ini kami sering memilih untuk memaparkan kisah eksklusif selebriti-selebriti popular di bawah naungan Astro yang menceritakan pengalaman sebenar tentang memori sambutan hari raya dan pengertian 'Kosong-Kosong' dalam hidup mereka. Namun begitu, pada tahun ini kami mengambil pendekatan yang sedikit berbeza dengan menerbitkan iklan yang mempunyai jalan penceritaan mengenai pengalaman sebenar daripada kalangan orang biasa. Uniknya lagi apabila watak tersebut dilakonkan semula oleh individu yang sebenar yang mana saya yakin ramai yang akan terkesan dari kisah Herman ini.

Jika sebelum ini Astro membawa kisah-kisah selebriti bersempena dengan hari raya seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Erra Fazira, Aaron Aziz (2012), Nabil Ahmad, Johan, Hanis Zalikha (2013) dan Zizan Razak, Lisa Surihani (2014), kali ini kita tampilkan pula Real People, Real Stories iaitu Herman. Mungkin ramai di antara kita yang boleh mengambil iktibar dari kisah hidupnya".

Tambah Khairul lagi. "Seterusnya, bagi merancakkan lagi sambutan hari lebaran pada tahun ini, pengisian kandungan daripada pelbagai genre berbeza seperti telefilem, komedi, muzikal, konsert, majalah, 'variety', hiburan, kerohanian, drama, animasi, koleksi filem-filem tempatan mahupun antarabangsa termasuklah program-program dalam bentuk definisi tinggi dan kandungan premium menerusi Astro First Eksklusif telahpun disusun untuk siaran secara berselang seli tanpa henti bagi menerusi kehendak tontonan seisi keluarga sepanjang musim perayaan ini."

Buat pertama kalinya pada tahun ini, tiga buah saluran hiburan Astro iaitu Astro Ria, Astro Prima dan Astro Warna akan bergabung tenaga untuk membawakan sebuah program menarik yang bakal bersiaran secara langsung pada malam raya berjudul Menang Raya! Uniknya, program ini turut menawarkan hadiah utama yang berupa sebuah kereta serta pelbagai hadiah menarik daripada Astro Go Shop untuk dimenangi. Bukan itu sahaja, para penonton pastinya tidak kering gusi dengan kelatah gandingan empat pengacara iaitu Datuk Aznil Haj Nawawi, Kak Engku, Johan dan Jiham Muse selain dihiburkan dengan persembahan menarik oleh barisan artis popular tanah air. Program ini juga akab turut disiarkan dalam bentuk definisi tinggi (HD) secara serentak di Astro Ria HD, Maya HD dan Mustika HD.

Menceriakan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini adalah program-program istimewa raya yang lain yang akan disiarkan di saluran-saluran Astro seperti Gegar Vaganza Raya, Ketupat Jantung Hati, Rendang Dendang Dangdut, Raya! Raya! Raya!, Primadona Syawal, Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias, Karoot Komedia Raya, Ini Raya Kita Punya, Ceria Popstar Raya serta banyak lagi.

Telefilem hebat turut menanti para penonton di pelbagai saluran kami seperti Hantu Wefie, Hantu Bluerey, Maid Pun Nak Raya, Isteri Separuh Masa Raya, Suami Encik Beruang, Hantu Raya Tumpang Beraya, Aku Nak Kahwin Raya Ni, Aku Benci Raya, Madam Nona Pokok Sena, Gadis Tudung Merah & Labu Labi dan banyak lagi.

Selain itu, koleksi filem-filem menarik juga turut disajikan di pelbagai saluran Astro. Antaranya termasuklah filem-filem tempatan seperti; Manisnya Cinta di Cappadocia, Adnan Sempit Sawadikap, Dollah Superstar, Ali Setan 2, Azura, Mekanik, Selubung, Abang, filem-filem antarabangsa seperti; Mission Impossible 3, Transformers, Lara Croft Tomb Raider, The Italian Job, Kung Fu Panda, Shrek, Madagascar, The Ring, filem-filem Bollywood seperti; Duplicate, Kabhi Kushi Kabhi Gam, Kai Ho Na Ho, Kuch Kuch Ho Ta Hai serta banyak lagi.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Astro untuk tahun ini, pihak Astro Radio menerusi ERA fm sekali lagi mempersembahkan Sketsa Raya Johara yang dikendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray. Selain itu ERA fm juga turut mengadakan Majlis Rumah Terbuka ERA fm di rumah anak-anak yatim Sinar FM pula bakal menyajikan sebuah drama radio yang berkisarkan tentang ikatan kekeluargaan yang dilakonkan oleh penyampai Sinar FM? Feeya dab Krill. Sambil beraya, pendengar juga boleh dengarkan Carta Raya Gegar yang di meriahkan oleh para artis tempatan di THR Gegar.

Jangan lupa temujanji anda bersama program-program hebat di Astro di sepanjang Bulan Syawal 1436 Hijrah ini. Selamat menonton!

Saturday, June 13, 2015

Dia.....Dia Isteri Luar Biasa

Hii guys.

Rasanya dah banyak yang WN post pasal DiLB kann. Heheh. Maklum la kan cerita ni kontroversi. Eh betul ke WN eja tuh. Heheh. Tak kisah lah kan. Hee

Nak bagitau haritu, bila2 saja lah kan asalkan haritu WN berkesempatan melawat/pergi/melepak/singgah dekat tempat shooting DiLB. Alaa dekat rumah Raden Amzar tuh la kalau dalam drama Dia Isteri Luar Biasa.

WN nak ucapkan terima kasih kepada Shukri Yahaya, Fatiya Latiff, Ziela Jalil dan semua yang berada di tempat kejadian sebab layan WN dengan baik. Hehe. Tak lupa jugak buat Umar yang sempoi. Nanti kalau ada shooting lagi kat situ bagitau la WN. Eh?

Masa WN pergi tu tengah shoot scene apa WN taktau lah tapi masa tu Dewi Yusra (Fatiya Latiff) cantik ayu comel je pakai kain batik. Cantik sungguh Dewi Yusra. Baik pulak tu. Fatiya Latiff ni antara yang WN paling feveret tau. Mmg la WN suka bergambar dengan artis tapi yang feveret ada beberapa je guys. Hehe. Fatiya Latiff WN suka sebab dia memang sporting and friendly habis dengan peminat. So sweet sangat. Lakonan pun tip top kan? Sebab tu lah WN adore dia.

Tiba2 WN dah takde idea pulak nak share apa lagi. Heheheh. So, korang layan ke tak ni drama Dia Isteri Luar Biasa? Sekarang dah 16episod ditayangkan tau. Kalau belum pi la layan dekat www.tonton.com.my ye. Ingat tau, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Sekian iklan penaja. Hehehe

Ok lah guys. As usual kat bawah2 ni WN share gambar2 yang diambil semasa pergambaran tersebut. Gituuu. Macam skema plak ayat. Haa kalau you guys nak dengar lagu Tak Pernah nyanyian Shukri Yahaya & Fatiya Latiff you guys bole pergi WN punya youtube k. Search je Wani Nasir atau terus search Tak Pernah Shukri Yahaya & Fatiya Latiff.

Take care and smile always~ 😊
Lots of love, WN

Saturday, June 6, 2015

#WeSmile #YouSmileISmile

Assalamualaikum.

Hii..

WN baru balik dari #positiveprojectbyHA #WeSmile yang dianjurkan oleh Hafreez Adam. Program yang sangat sesuai dihadiri oleh semua orang. Apa yang terjadi dalam program ni sedikit sebanyak membuatkan WN rasa WN tak keseorangan. Ramai lagi orang yang tak berapa nak ada keyakinan diri dan jugak keberanian macam WN. Kenapa WN cakap macam tu? Sebab kita semua sebenarnya sama saja. Tak ada banyak beza. Yang bezanya mungkin cuma cara kita bertindak balas tentang sesuatu perkara. Betul ke idokk? Heheh

Dalam sharing session tadi banyak yang WN dapat. Apapun yang terjadi dalam hidup kita, kita kena buat sesuatu mengikut kata hati dan akal. Fikir 2 3 4 5 6 7 kali sebelum kita cakap sesuatu. Kadang2 niat kita nak bergurau tapi sebenarnya penerimaan orang tentang gurauan kita pasti berbeza beza. Kalau WN ni memang jenis tak suka kalau gurauan kawan2 yang kasar. Walaupun benda tu benda kecil bagi WN tak.

WN memang banyak kelemahan dan memang selalu rasa kurang yakin dan tak ada keberanian diri. Tapi kadang2 nak atau tak nak WN terpaksa menghadapinya. WN cuba nak ubah diri ni tapi ianya memang mengambil masa.

Terima kasih kepada Hafreez Adam dan semua yang telah memberi inspirasi, semangat dan doa kepada WN. Semoga Allah membalas kebaikan dan kemuliaan anda untuk menolong orang2 yang seperti ini.

Apapun marilah sama2 kita senyum selalu ye. Untuk mereka yang berada di pantai timur. Jangan lupa untuk turut serta dalam #positiveprojectbyHA #WeSmile 2.0 nanti ye. Apa2 korang boleh tengok update di IG @HafreezAdam atau @hafreezhypefc 😊✌

Friday, June 5, 2015

Dia Isteri Luar Biasa

Hiii guys.

Harini nak story mory pasal drama Dia Isteri Luar Biasa. Sebab utama WN tengok drama ni kenapa? Nak tau tak? Kalau nak tau meh la WN bgtau. Tak lain tak bukan sebab Fatiya Latiff yang berlakon. Cuba lah kalau letak pelakon lain WN rasa WN tak tengok kot. Heheh. Tapi kalau letak Anzalna atau Izara Aishah WN tengok la. 3org pelakon tu yang WN paling suka tengok diorg berlakon. Ini WN yang suka tau kalau korang tak suka lantak korang la. Hahahahha. Gurau jangan marah.

Haaa WN ada dengar yang ramai komen pasal cerita ni. Alaa katanya tak bermoral lah itu lahh ini lah. Hmmm bagi WN kita sepatutnya buang yang keruh ambil yang jernih. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Kalau korang rasa drama tu tak bermoral tak payah la tonton ye. Sebab kalau korang tak tengok korang mesti tak tau samada drama tu bermoral ke tak kan? Dah sah2 korang tengok sebab tu tau. Daripada menambah dosa kutuk mengutuk kata mengata org lebih baik diam saja. Tak gitu?

Apa2pun WN memang suka nyanyian Fatiya & Shukri tuh. WN tak sabar nak tunggu full version lagu Tak Pernah tuh. Hehe. Kalau sesiapa belum menonton drama ni bole la tonton dekat www.tonton.com.my . Biasanya WN memang layan kat tonton. Terpaksa WN tengok kat situ sebab masa tayangan dia WN kurang berkenan tapi kalau WN tengah bendera merah WN layan jugak. Hehe. Sebab kadang2 memang tak sabar nak tau kesudahan cerita.

Ok lah.
Malas dah WN nak menaip. Nnt WN update lagi ye.
WN nak cerita pasal majlis Intrend 10 tahun.
Cekidout guys!

Take care always 😊

Tuesday, May 19, 2015

Premier Screening Dia Isteri Luar Biasa

Pada 18 Mei lalu bertempat di Asmara Penchala telah diadakan premier screening Dia Isteri Luar Biasa bersama para pelakon.

WN berkesempatan lah pergi ke majlis tersebut. Majlis bermula pada pukul 5.30ptg tetapi memandangkan WN pun habis kerja pukul 5.30 jadi WN sampai di sana pada pukul 6.30ptg.

Sesampainya WN di sana WN terlihat kesemua pelakon yang turut serta dalam acara ini telahpun hadir. Antara artis yang hadir sudah tentulah pelakon utama drama Dia Isteri Luar Biasa iaitu Shukri Yahaya dan Fatiya Latiff. Selain itu, artis yang turut serta dalam acara ini ialah Elizad Sharifuddin dan Ziela Jalil.

Rupa2nya bukan itu saja artis yang datang, anda tahu tak siapa lagi yang datang? Haaa kejutan buat para jemputan yang hadir ialah kehadiran penyanyi lagu tema untuk drama DILB siapa lagi kalau bukan Akim Ahmad.

Apa yang tak berapa bestnya bila Akim Ahmad datang agak lewat tetapi dia orang yang paling awal balik kerana ada hal yang tak daoat dielakkan. Jadi kami semua hanya dihidangkan dengan nyanyian secara akustik oleh Akim Ahmad. Beliau menyanyikan lagu Potret dalam 40 saat je. Tak syok kan? Memang tak puas dengar tapi apakan daya.   Huhuhu.

Satu lagi momen yang menarik apabila pelakon utama DILB menyanyikan lagu ciptaan Assistant Director terkenal iaitu Amy Nawari yang bertajuk Tak Pernah. Lagu Tak Pernah ni WN dah pernah dengar sebelum ni. Tetapi masa WN dengar tu Fatiya Latiff seorang je yang nyanyi tetapi dalam acara ni WN dpt dengar duet antara Fatiya Latiff dan Shukri Yahaya. Haa kalau korang nak dengar bole la pi tengok kat youtube WN. Search saja 'Wani Nasir' nanti tgok la kat situ yee. Macihhhh

Sejujurnya WN lebih suka kalau Fatiya Latiff je yang nyanyi lagu ni. Heheh. Tapi ok je nyanyi dengan Shukri Yahaya pun. Huhu.

Ok lah tu je yang WN nak cerita. Macam biasa kat bawah korang layan la pic2 yang WN sempat ambil dekat acara premier screening DILB.

Take Care Always (",)
❤ WN