Pada 18 Mei lalu bertempat di Asmara Penchala telah diadakan premier screening Dia Isteri Luar Biasa bersama para pelakon.
WN berkesempatan lah pergi ke majlis tersebut. Majlis bermula pada pukul 5.30ptg tetapi memandangkan WN pun habis kerja pukul 5.30 jadi WN sampai di sana pada pukul 6.30ptg.
Sesampainya WN di sana WN terlihat kesemua pelakon yang turut serta dalam acara ini telahpun hadir. Antara artis yang hadir sudah tentulah pelakon utama drama Dia Isteri Luar Biasa iaitu Shukri Yahaya dan Fatiya Latiff. Selain itu, artis yang turut serta dalam acara ini ialah Elizad Sharifuddin dan Ziela Jalil.
Rupa2nya bukan itu saja artis yang datang, anda tahu tak siapa lagi yang datang? Haaa kejutan buat para jemputan yang hadir ialah kehadiran penyanyi lagu tema untuk drama DILB siapa lagi kalau bukan Akim Ahmad.
Apa yang tak berapa bestnya bila Akim Ahmad datang agak lewat tetapi dia orang yang paling awal balik kerana ada hal yang tak daoat dielakkan. Jadi kami semua hanya dihidangkan dengan nyanyian secara akustik oleh Akim Ahmad. Beliau menyanyikan lagu Potret dalam 40 saat je. Tak syok kan? Memang tak puas dengar tapi apakan daya. Huhuhu.
Satu lagi momen yang menarik apabila pelakon utama DILB menyanyikan lagu ciptaan Assistant Director terkenal iaitu Amy Nawari yang bertajuk Tak Pernah. Lagu Tak Pernah ni WN dah pernah dengar sebelum ni. Tetapi masa WN dengar tu Fatiya Latiff seorang je yang nyanyi tetapi dalam acara ni WN dpt dengar duet antara Fatiya Latiff dan Shukri Yahaya. Haa kalau korang nak dengar bole la pi tengok kat youtube WN. Search saja 'Wani Nasir' nanti tgok la kat situ yee. Macihhhh
Sejujurnya WN lebih suka kalau Fatiya Latiff je yang nyanyi lagu ni. Heheh. Tapi ok je nyanyi dengan Shukri Yahaya pun. Huhu.
Ok lah tu je yang WN nak cerita. Macam biasa kat bawah korang layan la pic2 yang WN sempat ambil dekat acara premier screening DILB.
Take Care Always (",)
❤ WN
No comments:
Post a Comment