Friday, May 8, 2015

Suami Aku Ustaz

Hii uollsss...

Harini WN nak cerita pasal filem Suami Aku Ustaz. Tayangan filem ni pada 14 Mei, Khamis iaitu HARINi. Macam biasa lah kan filem baru selalunya keluar hari Khamis.

Filem Suami Aku Ustaz dilakonkan oleh Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam, Betty Rahmad dan ramai lagi.

Preview untuk filem ini telah dijalankan pada 5 Mei yang lalu di Cathay Cineplex Damansara. WN sempat menyinggah untuk selfie2 dengan pelakon2 dan artis jemputan yang hadir ke tayangan preview tapi WN belum menonton. Hehe.

Tapi mengikut sumber mereka2 yang telah menonton filem Suami Aku Ustaz semuanya memberi respons yang baik. WN pun memang tak sabar untuk menonton filem ni.

Filem Suami Aku Ustaz mempunyai 2 lagu OST . Lagu Ustazku Rajaku dinyanyikan oleh Adi Putra dan Zizan. Manakala sebuah lagi lagu dinyanyikan oleh Adi Putra dan Betty Rahmad yang berjudul Cintaku Kernamu.

Filem Suami Aku Ustaz diarahkan oleh pengarah terhebat Ghaz Abu Bakar dan dibantu oleh pengarah bersama Adi Putra terbitan Karya Seni Production.

Haaa tunggu apa lagii jom serbu pawagam berdekatan anda dan tonton filem Suami Aku Ustaz.

No comments:

Post a Comment