Tuesday, April 28, 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Bermula dari 24.4 sehingga 3.5 ini berlangsungnya PBAKL 2015 di PWTC. Ahad yang lepas WN sempat la singgah. WN kongsi gmbar WN kat sana ye!

Friday, April 24, 2015

Malam Gala Pilot Cafe

Heyhooo semua. Minggu lepas WN berpeluang untuk pergi ke Malam Gala Pilot Cafe di GSC Pavilion.

Macam biasa WN nak kongsikan gambar-gambar di Malam Gala Pilot Cafe. Enjoissss

Haaa esok Pilot Cafe dah mula tayang kat pawagam seluruh Malaysia. So korang semua mesti tengok k. Sedihhhh tauu. Uhukuhukuhuk    

Wednesday, April 15, 2015

Pilot Cafe

'Cinta tak semestinya bersatu namun kasih tetap berakar dalam hati selamanya. Astro Shaw dan Tarantella Pictures menampilkan sebuah filem terbaru berjudul 'PILOT CAFE' yang akan menemui para penonton di layar perak pada 30 Aril 2015 ini.

Filem ini diadaptasi dari novelis terkenal Ahadiat Akashah yang menampilkan Fahrin Ahmad sebagai teraju utama dengan membawa watak Kapten Ameer Reza disamping pelakon yang baru memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Tribute P Ramlee, Izara Aishah (Maya). Filem Pilot Cafe juga dibintangi oleh Neelofa (Sharmila) , Remy Ishak (Rashid) Keith Foo , Aishah Ilias, Ainul Aishah, Raja Ilya.

Buat pengetahun semua filem ini membuat penggambaran pada tahun 2013 iaitu sebelum Neelofa berhijab. Sememangnya filem mengambil masa yang lama untuk disiapkan berbanding drama.

3 hari lagi filem Pilot Cafe akan menemui anda di pawagam. Jangan lupa untuk menonton filem ini kerana bagi WN filem ini filem paling best tahun 2015. WN menangis masa menonton filem ni. 😢

UNTUK CINTA ADIRA DAN HAFIZ

HAFIZ:
Kau tunjukkan aku
Yang memangnya tak pernah tahu
Erti sebenarnya cinta dari jiwa
Bukan hanya dari mata

ADIRA:
Kau ajar hatiku
Kasih setulus seikhlasnya
Tak pernah mengalah
Walau kan terpisah
Sedikit pun tak berubah

HAFIZ & ADIRA:
Namun takkan menjadi milikku
Cinta bukan tercipta untukku

HAFIZ:
Tolong jagalah dirinya buat diriku
Jangan biar luka lagi hatinya
Yang amat ku cinta
Yang milik engkau saja

Biar ku simpan semua
Kasih dan cinta
Akan ku pendam kan sepanjang nyawa
Hingga tiba masa
Untuk aku bercinta semula

ADIRA:
Selamat tinggal kasih
Aku kan pergi

HAFIZ:
Ku kan pergi

ADIRA
Bawa diri

HAFIZ:
Bawa diri

ADIRA:
Yang telah rela

HAFIZ:
Yang telah rela

ADIRA:
Dan mengerti

HAFIZ:
Oowouooohh

HAFIZ & ADIRA:
Dan di sini saja
Berakhirnya sebuah kisah
Cinta bertepuk sebelah
Terpaksalah ku terima
Tentuannya
Oooohhh





Untuk yang tak tahu lagu Untuk Cinta ni merupakan runut bunyi untuk filem Pilot Cafe yang dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Neelofa, Keith Foo dan Izara Aishah. WN tak sabar nak tengok filem ni sebab ada Izara Aishah aje. Suka betul WN dengan dia. Keith Foo pun salah satu sebab jugak tapi sebab Izara ada WN lebihh sikit semangat nak tengok. Lagu ni pun WN sukaa sangat sangat. Lagu ni sedih kann. Lagu ni WN rasa macam ombak rindu sikit sikit. Haih. Tak sabar nak tengok filem daripada Osman Ali nih.

Friday, April 10, 2015

Licin.......

Assalamualaikum semua....

    Waalaikumussalam.... ( jawab siap2 kot2 takdak sapa sudi jawab salam WN )

Haaa hari Jumaat yang mulia ni marilah kita perbanyakkan selawat dan bersedekah kerana banyak pahalanya ye.

Allahumma solli alaa sayyidina muhammad.

Sambil menaip ni WN tengah dengar nyanyian Lah Ahmad dekat Selamat Pagi Malaysia. 'SALAM' tajuk lagunya. Kalau korang nak dengar bole la pergi cari dekat youtube.

Sebenarnya WN nak tulis pasal benda lain tapi tiba2 WN rasa macam tak kena pulak. Eh. Next time lah WN story pasal yang WN nak story tuh.

Tajuk entri ni licin. Apa benda yang licin eh? Korang rasa apa? Kalau korang benar benar nak tahu korang kena la tunggu post sebenar tentang licin ni. Hehehe

Ok WN doakan korang punya hari minggu ondah ceria bahagia aman sentosa damai dan sejahtera.

Salam Sayang dari WN.

Monday, April 6, 2015

Senarai penuh pemenang ABPBH 2014

ARTIS BARU LELAKI POPULAR : HAFREEZ ADAM

ARTIS BARU WANITA POPULAR : AYDA JEBAT

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR : ABAM

ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR : DIDIE ALIAS

ARTIS DUO/KUMPULAN POPULAR : AKIM & THE MAGISTREET

PENGACARA TV LELAKI POPULAR : DATO AZNIL NAWAWI

PENGACARA TV WANITA POPULAR : NEELOFA

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR : JOHAN

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR : FARA FAUZANA

PELAKON TV LELAKI POPULAR : SHAH ISKANDAR

PELAKON TV WANITA POPULAR : NAD ZAINAL

PENYANYI LELAKI POPULAR : AKIM

PENYANYI WANITA POPULAR : ADIRA

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR : SHAHEIZY SAM

PELAKON FILEM WANITA POPULAR : SITI SALEHA

KATEGORI ONLINE

PERSONALITI POPULAR : FAIZ DICKIE

GANDINGAN SERASI DI LAYAR : ZUL ARIFFIN & AYDA JEBAT

ARTIS LELAKI STAILO : ZUL ARIFFIN

ARTIS WANITA STAILO : DATO SITI NURHALIZA

PASANGAN SELEBRITI ROMANTIS : AWAL ASHAARI & SCHA AL YAHYA

PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT :TAN SRI SM SALIM

BINTANG PALING POPULAR 2014 : SHAHEIZY SAM

Thursday, April 2, 2015

KeHANGATan ABPBH 2014

Heyhooooo enko orang! Eh bunyi macam kasar je kan WN ni. Hehehe. Gurau je jahh jangan marahhh. Ehehehe.


Haaa lagi beberapa hari je.. emm .. jap lagi 3 hari kita akan menyambut hariraya. Eh apa benda yang WN merepek ni kan. Lagi 3 hari kita akan mengetahui siapakah artis yang akan dinobatkan sebagai artis paling popular tahun 2014. Haaa uolls rasa2 siapa yang layak? WN rasa WN lah yang paling layak. Kahkahakahakah. Mesti ramai yang nak muntah baca kan. WN pun nak muntah jugak sebenarnya. Hehehe.

WN tak nak lah bagitau kat sini siapa yg WN rasa boleh menang setiap kategori sebab WN sokong semua. Yang menang WN ucap tahniah yang tak menang WN nak ucap tahniah jugak sebab bukan senang nak jadi top 5 tau. Kiranya diorang masih top kat hati WN. Gituuuu. WN sokong semua artis Malaysia cuma ada la satu 2 yang WN kurang berkenan dengan attitude dia. Tapi artis pun manusia biasa kannn. Redha je lahhh. Apapun WN tetap tengok lakonan @ nyanyian artis2 ni. Tak nak lah sebut nama kan. Sebab manatahu satu hari artis ni berubah jadi bestfriend WN pulak kann. Hee.


Untuk yang akan pergi ke Genting Highlands WN harap korang hati2 ye. Jangan seronok sangat tau takut nanti jadi macam katak (matikatak) . Lagi satu jangan gaduh pulak kalau artis yang anda undi tak menang. Anggap saja belum rezeki artis ni. Haa jangan pulak kalau tak menang korang tak nak sokong dah artis ni. Kesiann kat artis yang tak menang.


Tu diaaa ... macam panjang lebor pulak WN kasik ceramah kat blog ni. Hahahahahah.

Ok lah sebelum banyak lagi yang WN merepek baik WN berhenti menaip.

Byee uollss. Enjoy gambar WN kat PC pengumuman pengacara, penyampai anugerah dan artis artis yang membuat persembahan di malam kemuncak ABPBH 2014 yang akan disiarkan secara langsung dari Arena of Stars, Genting Highlands di tv3, radio hotfm 97.6 frekuensi di lembah kalang dan laman web rasmi abpbh pada pukul 9.00pm, 5 APRIL 2015. ✌