Wednesday, April 15, 2015

Pilot Cafe

'Cinta tak semestinya bersatu namun kasih tetap berakar dalam hati selamanya. Astro Shaw dan Tarantella Pictures menampilkan sebuah filem terbaru berjudul 'PILOT CAFE' yang akan menemui para penonton di layar perak pada 30 Aril 2015 ini.

Filem ini diadaptasi dari novelis terkenal Ahadiat Akashah yang menampilkan Fahrin Ahmad sebagai teraju utama dengan membawa watak Kapten Ameer Reza disamping pelakon yang baru memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Tribute P Ramlee, Izara Aishah (Maya). Filem Pilot Cafe juga dibintangi oleh Neelofa (Sharmila) , Remy Ishak (Rashid) Keith Foo , Aishah Ilias, Ainul Aishah, Raja Ilya.

Buat pengetahun semua filem ini membuat penggambaran pada tahun 2013 iaitu sebelum Neelofa berhijab. Sememangnya filem mengambil masa yang lama untuk disiapkan berbanding drama.

3 hari lagi filem Pilot Cafe akan menemui anda di pawagam. Jangan lupa untuk menonton filem ini kerana bagi WN filem ini filem paling best tahun 2015. WN menangis masa menonton filem ni. 😢

No comments:

Post a Comment