Friday, May 8, 2015

Sinopsis SUAMI AKU USTAZ

Alisa (Nora Danish) terpaksa berkahwin dengan abang sepupunya sendiri iaitu seorang ustaz (Adi Putra) yang mengajar subjek Pendidikan Islam disekolahnya sendiri. Alisa terpaksa berkahwin dengan ustaz itu setelah ibu dan ayahnya pergi ke tanah suci Mekah. Dan sebagai alasannya, tidak ada siapa yang hendak menjaga Alisa ketika mereka pergi ke tanah suci nanti. Oleh itu, Alisa dikahwinkan dengan Ustaz Muhamad Nur Hafiz. Alisa menganggap suaminya itu sebagai abang, sedangkan Ustaz Hafis memang sudah lama sukakan Alisa sejak kecil lagi. Perkahwinan mereka itu dirahsiakan daripada kawan-kawannya di sekolah. Namun, segala-galanya terbongkar apabila Alisa terjatuh daripada motosikal dan mendapati Ustaz Hafiz tinggal serumah bersama Alisa. Apabila Ustaz Hafiz menceritakan pekara yang sebenar, patah la hati Johan (Izzue Islam) yang memang sudah lama menaruh hati kepada Alisa dan juga Cikgu Liza (Jue Aziz) yang juga suka kepada Ustaz Hafiz. Alisa marah kepada Ustaz Hafiz kerana menceritakan pekara itu kepada Johan. Namun Ustaz Hafiz tetap bersabar dan memahami Alisa. Sampai la Alisa berjaya masuk ke menara gading, barulah muncul rasa rindu di dalam hati Alisa dan dia cuba untuk mencintai suaminya itu.

No comments:

Post a Comment