Thursday, July 2, 2015

ASTRO LANCAR IKLAN ISTIMEWA HARI RAYA SARAT DENGAN MESEJ NILAI KEMAAFAN

SALAM AIDILFITRI
"KOSONG KOSONG"
MAAF ZAHIR BATIN"

Himpunan lebih 168 buah program menarik di 16 buah ramgkaian saluran Astro turut dihidangkan untuk hiburan seisi keluarga sepanjang bulan syawal.

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2015 - Bertepatan dengan tema Kempen Ramadan dan Syawal pada tahun ini iaitu Kosong-Kosong, Tiada Noktah Untuk Kemaafan yang diinpirasikan daridapa kesucian dan ketulusan hati untuk melupakan segala sengketa lampau, pihak Astro meneruskan lagi tradisi sambutan Aidilfitri dengan mempersembahkan secara eksklusif sebuah iklan komersial televisyen bersempena dengan hari raya yang memaparkan kisah benar bekas seorang pesakit penagih dadah bernama Herman dan bapanya. Iklan ini mengupas tentang pengertian 'Kosong-Kosong' dan nilai kemaafan dalam hidup seorang individu biasa yang menempuhi realiti hari ini dengan kisah mereka sendiri yang belum pernah dikongsi kepada umum sebelum ini.

Uniknya lagi, iklan komersial ini turut menampilkan Herman sendiri yang ingin memohon maaf kepada bapanya yang telah sekian lama tidak berjumpa. Menerusi iklan ini, Astro berharap untuk mengubah pemikiran masyarakat tentang pentingnya memgeratkan silaturahim dan bermaaf maafan terutama di bulan yang mulia ini.

Bukan itu sahaja, pihak Astro juga bakal menghidangkan lebih 168 buah program istimewa termasuk 143 buah program baru yang bakal memeriahkan musim perayaan di rangkaian 16 buah saluran Astrobyang terpilih iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Ceria (611)), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Astro Bella (133), Astro Ria HD (123), Maya HD (135), Mustika HD (134), Bintang (141), Pelangi (142), Fox Movies Premium (413), KIX HD (729), HBO (411) dan History (555).

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, "Berdasarkan kajian selidik yang telah dijalankan, iklan komersial Astro yang diterbitkan pada tahun lepas merupakan antara video yang paling kerap ditonton di laman YouTube dengan 1.14 Juta jumlah tontonan. Ini cukup menggembirakan pihak kami kerana ia membuktikan bahawa pendekatan yang kami ambil berjaya menyentuh hati dan perasaan orang ramai dengan cara yang cukup ringkas.

Konsep unik kami yang menekankan nilai-nilai kekeluargaan sambil menampilkan kisah kehidupan selebriti merupakan faktor utama disebalik kejayaan video tersebut. Berdasarkan pengamatan kami, penonton lebih terkesan dengan kisah realiti berkisahkan kehidupan sebenar yang berlaku di sekeliling kita. Mesej yang ingin disampaikan menerusi kisah sebegini juga turut sarat dengan nilai-nilai murni sebagai teladan dan panduan kepada semua.

Jika pada tahun-tahun sebelum ini kami sering memilih untuk memaparkan kisah eksklusif selebriti-selebriti popular di bawah naungan Astro yang menceritakan pengalaman sebenar tentang memori sambutan hari raya dan pengertian 'Kosong-Kosong' dalam hidup mereka. Namun begitu, pada tahun ini kami mengambil pendekatan yang sedikit berbeza dengan menerbitkan iklan yang mempunyai jalan penceritaan mengenai pengalaman sebenar daripada kalangan orang biasa. Uniknya lagi apabila watak tersebut dilakonkan semula oleh individu yang sebenar yang mana saya yakin ramai yang akan terkesan dari kisah Herman ini.

Jika sebelum ini Astro membawa kisah-kisah selebriti bersempena dengan hari raya seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Erra Fazira, Aaron Aziz (2012), Nabil Ahmad, Johan, Hanis Zalikha (2013) dan Zizan Razak, Lisa Surihani (2014), kali ini kita tampilkan pula Real People, Real Stories iaitu Herman. Mungkin ramai di antara kita yang boleh mengambil iktibar dari kisah hidupnya".

Tambah Khairul lagi. "Seterusnya, bagi merancakkan lagi sambutan hari lebaran pada tahun ini, pengisian kandungan daripada pelbagai genre berbeza seperti telefilem, komedi, muzikal, konsert, majalah, 'variety', hiburan, kerohanian, drama, animasi, koleksi filem-filem tempatan mahupun antarabangsa termasuklah program-program dalam bentuk definisi tinggi dan kandungan premium menerusi Astro First Eksklusif telahpun disusun untuk siaran secara berselang seli tanpa henti bagi menerusi kehendak tontonan seisi keluarga sepanjang musim perayaan ini."

Buat pertama kalinya pada tahun ini, tiga buah saluran hiburan Astro iaitu Astro Ria, Astro Prima dan Astro Warna akan bergabung tenaga untuk membawakan sebuah program menarik yang bakal bersiaran secara langsung pada malam raya berjudul Menang Raya! Uniknya, program ini turut menawarkan hadiah utama yang berupa sebuah kereta serta pelbagai hadiah menarik daripada Astro Go Shop untuk dimenangi. Bukan itu sahaja, para penonton pastinya tidak kering gusi dengan kelatah gandingan empat pengacara iaitu Datuk Aznil Haj Nawawi, Kak Engku, Johan dan Jiham Muse selain dihiburkan dengan persembahan menarik oleh barisan artis popular tanah air. Program ini juga akab turut disiarkan dalam bentuk definisi tinggi (HD) secara serentak di Astro Ria HD, Maya HD dan Mustika HD.

Menceriakan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini adalah program-program istimewa raya yang lain yang akan disiarkan di saluran-saluran Astro seperti Gegar Vaganza Raya, Ketupat Jantung Hati, Rendang Dendang Dangdut, Raya! Raya! Raya!, Primadona Syawal, Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias, Karoot Komedia Raya, Ini Raya Kita Punya, Ceria Popstar Raya serta banyak lagi.

Telefilem hebat turut menanti para penonton di pelbagai saluran kami seperti Hantu Wefie, Hantu Bluerey, Maid Pun Nak Raya, Isteri Separuh Masa Raya, Suami Encik Beruang, Hantu Raya Tumpang Beraya, Aku Nak Kahwin Raya Ni, Aku Benci Raya, Madam Nona Pokok Sena, Gadis Tudung Merah & Labu Labi dan banyak lagi.

Selain itu, koleksi filem-filem menarik juga turut disajikan di pelbagai saluran Astro. Antaranya termasuklah filem-filem tempatan seperti; Manisnya Cinta di Cappadocia, Adnan Sempit Sawadikap, Dollah Superstar, Ali Setan 2, Azura, Mekanik, Selubung, Abang, filem-filem antarabangsa seperti; Mission Impossible 3, Transformers, Lara Croft Tomb Raider, The Italian Job, Kung Fu Panda, Shrek, Madagascar, The Ring, filem-filem Bollywood seperti; Duplicate, Kabhi Kushi Kabhi Gam, Kai Ho Na Ho, Kuch Kuch Ho Ta Hai serta banyak lagi.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Astro untuk tahun ini, pihak Astro Radio menerusi ERA fm sekali lagi mempersembahkan Sketsa Raya Johara yang dikendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray. Selain itu ERA fm juga turut mengadakan Majlis Rumah Terbuka ERA fm di rumah anak-anak yatim Sinar FM pula bakal menyajikan sebuah drama radio yang berkisarkan tentang ikatan kekeluargaan yang dilakonkan oleh penyampai Sinar FM? Feeya dab Krill. Sambil beraya, pendengar juga boleh dengarkan Carta Raya Gegar yang di meriahkan oleh para artis tempatan di THR Gegar.

Jangan lupa temujanji anda bersama program-program hebat di Astro di sepanjang Bulan Syawal 1436 Hijrah ini. Selamat menonton!

No comments:

Post a Comment