Monday, December 15, 2014

Duta Tuala Wanita jenama SOFY

Pada hari ahad yang lepas... eh hari ni hari isnin maksudnya semalam lah kann. Heheh. WN ada pergi Alpha Angle Wangsa Maju. Motif utama pergi nak beli blender. Tapi akhirnya macam2 pulak yang dibeli termasuk barang dapur.

Haaa berbalik kepada tajuk utama yang WN tulis pasal Duta Tuala Wanita Sofy kan. Agak agak korang tau ke sapa? Kalau sebelum ni korang tanya WN sapa memang laa WN tak tahu. Hihihi. Tapi sekarang WN dah tauu. Siapa lagii kalau bukan artis kecil molek cantik Elfira Loy. Hehehe ✌

Bukannya apa, semalam kebetulan masa tengah cari barang2 dapur terdengar suara MC cakap siapa nak masuk cabutan bertuah bole pergi tulis nama free aje. Lepas dengar tu apa lagi WN berlari la tulis nama. Saja la mencuba nasib kan mana tau bertuah. Masa WN tengah tulis nama tu diorang ada cakap kalau nak jumpa Elfira Loy bole datang balik pukul 2. Sama waktu dengan cabutan bertuah. Maknanya Elfira Loy lah yang akan buat cabutan tu.

Jadi WN tak lepaskan peluang lah menunggu pukul 2petang. Tepat pukul 2 petang muncullah pelakon kecil molek cantik Elfira Loy. Masa El buat cabutan bertuah tu takde pulak El ambil nama WN. So tak bertuah lah WN semalam. Tapi WN dapat jugak hadiah setelah dipaksa El main game. Game tu di namakan 'Chubby Bunny'. Seumur hidup baru semalam WN tau ada game nama gitu. Hahahah. Korang tau ke macam mana cara nak main game 'Chubby Bunny' tu?haaa caranya masukkan mashmallow dalam mulut pastu cakap 'Chubby Bunny'. Kita tak boleh telah mashmallow tu. Pastu dia sumbat lagi satu persatu mashmallow dalam mulut kita. Memang kelakar lah. Bayangkan la dalam mulut WN ada 7 biji mashmallow yang besar tu. Adoi malu je rasa. Tapi takpe lah sebab WN dapat goodie bag daripada Sofy. Thank you Sofy.

Korang yang tak pernah guna Sofy kena la cuba try test cuba. Memang best brand Sofy sebab ianya Extra Dry. Kalau tak percaya korang beli dulu pack kecil Sofy dan cuba. Memang takkan menyesallah. Yeahh ini betul betul tau bukan cubaan. Ingat eh jenama SOFY

Ok sampai jumpa lagi kita ✌❤😊

No comments:

Post a Comment