Wednesday, November 5, 2014

Pelancaran Album Faizul Sany [25.09.14]

Faizul Sany merupakan Juara rancangan realiti yang popular iaitu Akademi Fantasia (AF 2013) . Baru baru ini beliau telah melancarkan album sulung beliau iaitu Faizul Sany. Pelancaran album ini turut di hadiri oleh beberapa rakan artis seperi Azhael AF2013 , Indah AF2013, Amira AF2013, Aisyah AF2013 dan Faizal Tahir. Faizal Tahir juga merupakan orang yang banyak menyumbang dalam pembikinan album Faizul.

Terdapat 7 buah lagu di dalam album ini antaranya ialah :-

1. Stylo Mylo
2. Perempuan 
3. Lullaby
4. Surat Untuk Sahabat
5. Merdeka 
6. Jatuh
7. Sampai ke Bulan
8. 333 Batu
9. Sepasang Sayap

Single kedua Faizul yang hit sekarang ini ialah lagu Perempuan. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Faizul . Dengar cerita lagu Perempuan menjadi juara carta untuk sebuah radio di Singapura iaitu RIA . Lagu Perempuan juga merupakan OST untuk drama SuamiKu Encik Sotong yang ditayangkan pada setiap hari Isnin di saluran Astro.

WN rasa mesti ramai yang suka dan jatuh cinta dengan lagu Perempuan ni kan? Apa lagii jom ka kita request lagu ni dekat radio radio kegemaran anda. Kalau macam WN banyak radio yang feveret. Hehe.
Last  but not least , jangan lupa dapatkan album Faizul Sany di pasaran sekarang. Haa pastikan album yang korang beli tu original ye.

Terima kasih sudi membaca.
Salam muhibbah
Ok bai~

No comments:

Post a Comment