Friday, October 31, 2014

Azwan Kombos

Heyy...

Harini nak share gambar masa jumpa Azwan Kombos. Kenal takk Azwan Kombos?? Alaaaa apa nii semua korang tak tau. Huhuhu. Azwan Kombos artis baru tapi taklah baru sangat punn. Dia bernaung di bawah syarikat MiG. Alaa yang David Teo punya syarikat tuu.

Haritu fan club Azwan Kombos iaitu Azwan Kombos Supporters (AKS) ada buat Movie Day Out untuk filem yang dilakonkan oleh Azwan Kombos iaitu NASI TANGAS. MDO ini di buat di TGV Wangsa Walk. Filem ni memang best dan jugak seram. Tapi tak lah seram mana pun. Kalau tak percaya korang tengok la... tengok tauu !!

Haa untuk pengetahuan korangm. Azwan Kombos ada berlakon jugak dalam drama BILA HATI BERBICARA SLOT AKASIA, ISNIN - JUMAAT, 7PM di saluran TV3. Watak yang dimainkan Azwan Kombos dalam drama tu ialah Taufik. So nanti yang ada twitter tu bole tweet letak hashtag teamTaufik. Tapi watak yang dilakonkan AK tu watak antagonis rasanya. Kepada mereka yang sudah membaca novel mesti tau kan? Tapi macam saya ni memang jenis tak berapa nak suka membaca novel memang tak tahulah macam mana drama tu. Huhu.

Ok lah.. itu saja yang nak di kongsi.
Selamat malam. (:

No comments:

Post a Comment