Wednesday, October 29, 2014

Pelancaran Album TOMOK "Aku Datang' [27.10.14]

TOMOK, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kehadiran beliau bersama kumpulan New Boyz di era 90 an cukup untuk meletakkan nama TOMOK di dalam sejarah industri muzik tanahair. Kemunculan TOMOK sebagai artis solo juga tidak perlu disangkal kerana beliau telah membuktikan kematangan beliau apabila menjuarai pertandingan One In A Million (OIAM) pada tahun 2009. Kehebatan juara OIAM ini dibuktikan sekali lagi di pentas Versus musim ke 2 dengan menjadi JUARA melalui gabungan TOMOK dan Modread, MANIFESTO.

Kini TOMOK meneruskan lagi perjuangan beliau melaui penghasilan album kedua beliau TOMOK : AKU DATANG. Tampil dengan album kedua, TOMOK lebih matang dalam pemilihan lagu. Hal ini dapat dilihat dengan pembabitan TOMOK selaku PENERBIT untuk album TOMOK : AKU DATANG.

Berikut adalah senarai lagu untuk album "AKU DATANG"

CINTA TAK PERGI (feat Yana Samsudin)

PADAM

AKU DATANG (OST Filem Istanbul Aku Datang)

PENIPU
 

MAAFKAN AKU
 

CINTALAH AKU PULA
 

HIASAN DI LAMAN RINDU (Susunan Semula)

Haaa ada sesuatu yang menarik..Nak tau tak apaa?? Apa yang menarik tentang album ini adalah penganjuran "ROAD TOUR AKU DATANG" yang akan berlangsung pada sekitar bulan NOVEMBER 2014. Tak lama lagi dah nak bulan November. betul takkk? Mesti semua peminat Tomok tidak sabar untuk mengetahui lokasi lokasi yang akan di terjah oleh Tomok. Malah apa yang lebih menarik "ROAD TOUR AKU DATANG" ini akan disertai oleh beberapa rakan rakan artis yang lain.

Untuk mereka yang ingin menegetahui maklumat lanjut tentang "ROAD TOUR AKU DATANG" bolehlah menunggu post saya yang akan datang.

Jangan lupa dapatkan album TOMOK : AKU DATANG yang ORIGINAL di pasaran sekarang!

Kepada mereka yang ingin mengikuti perkembangan TOMOK  boleh lah mengikuti beliau di laman sosial berikut :-

INSTAGRAM    :    @TomokOfficial

TWITTER          :    @TomokOfficial


Terima kasih sudi membaca (;
 



No comments:

Post a Comment