Wednesday, October 29, 2014

Ustaz Don melawat Menara Kuala Lumpur?

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum...
Hiii semua...

Petang tadi WN (wahh guna nama singkat pulak. Sejak bila pulak saya ada nickname ni..heheh :p ) pergi melawat Menara Kuala Lumpur. Eh bukan melawat lahh tapi WN join Kuliyyah Fissama bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Kenal ke siapa Ustaz Don? WN rasa semua kenal kann Ustaz Don famous tuu. Huhu. Kalau ada yang tak kenal tengok gambar kat bawah ni ye WN ada kongsi gambar. Wajib lah kan bila pergi sana tangkap gambar. Kalau tak tangkap gambar rugi 200% laa. Tak gituu?? Kihkih

Tajuk kuliyyah tadi "Murah Hati, Ganda Rezeki" . Memang banyak perkongsian yang diberi oleh Ustaz Don. Apa yang WN boleh bagitau kesimpulannya kita janganlah kedekut. Sentiasa lah memberi derma, sedekah atau hadiah untuk orang lain. Dan lagi satu kita wajib membayar zakat untuk menyucikan harta kita. Yeahh.

Semoga hidup kita lebih ceria gembira dan bahagia selepas ni. Nak tau kenapa? Sebabnya kalau kita bagi 1 dekat orang Allah akan balas 10 dekat kita. Ini janji Allah ye bukan WN reka reka cerita. (:

No comments:

Post a Comment