Tuesday, October 28, 2014

Bila Hati Berbicara :D

Heyhooo...

Wah wahh wahh.... Drama terbaru tv 3 untuk slot Akasia yang menggantikan MJATS (Maaf Jika Aku Tak Sempurna) ialah Bila Hati Berbicara. Tak tahu lah macam mana rating cerita ni. Tapi apapun saya tetap nak layann... oh yeahh. Nak tau tak kenapa? Kenapa? Kenapa? Haaa... dah tentu tentu sebab pelakonnya. Hehehe.

Tapi bila tengok drama ni mesti ramai yang tak berapa kenal dengan pelakon pelakon cerita ni. Tapi saya kenal sebab saya memang minat dengan Hafreez Adam. Hehehe. Walaupun dia bukanlah Hero dalam drama ni tapi takpelah kan.

Hero untuk drama ni Syafiq Kyle. Saya minat sikit la dengan dia tapi adik saya minat banyakk. Huhu. Heroin pulak Atikah Suhaime. Saya memang selalu ikuti semua drama atau filem lakonan Atikah Suhaime. Memang best dia berlakon.

Antara pelakon pelakon lain dalam cerita ini adalah Raja Ilya, Azwan Kombos (one of my favorite), Idzham Ismail, Lia Natalia, Alex Yanz dan lain lain lagi.

Jadi jangan lupa ya untuk menonton Bila Hati Berbicara pada setiap hari Isnin - Khamis, 7malam di tv3. Ohh ya, kalau ada yang terlepas untuk tengok drama waktu ni boleh lah ke www.tonton.com.my . Bole tengok puas puas kat situ. Hehe.

Lagi satu untuk yang ada media sosial seperti instagram, twitter dan sewaktu dengannya boleh lah menggunakan hashtag #BilaHatiBerbicara atau #BHB . Jom kita tweet banyak banyak sampai trending. Yeahhh.

Ok lah . Itu saja untuk post kali ni. Terima kasih sudi jengah kat sini.

K bai~ (:

No comments:

Post a Comment